F1: Lando Norris 'berbesar hati' bersaing dengan Lewis Hamilton

Ammar Hakim
July 10, 2023 11:16 MYT
Lando Norris bersedia untuk mencipta sejarahnya sendiri selepas berdepan dengan Lewis Hamilton dalam perlumbaan GP British di Silverstone semalam.
Ketika Max Verstappen memburu kemenangan keenam berturut-turut -- kelapannya daripada 10 pusingan pembukaan setakat ini untuk melanjutkan pendahuluan kejuaraannya kepada 99 mata -- Norris mengekang kemaraan Hamilton untuk memperoleh podium Grand Prix British pertamanya.

What a show these two put on today! ?@LandoNorris ? @LewisHamilton #BritishGP #F1 pic.twitter.com/DKpbnZCLMX

— Formula 1 (@F1) July 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Norris berjaya berada di tempat kedua dalam perlumbaan dengan jentera McLaren yang telah diperbaharui, namun pelumba berusia 23 tahun bagaimanapun tetapan yang digunakan bagi saingan kali ini kelihatan lebih perlahan selepas menggunakan tayar yang keras.
Selepas kereta keselamatan turun ke litar pada pusingan ke-38, Norris rapat diekori Hamilton dan dia telah bertahan selama baki 13 pusingan memastikan juara dunia tujuh kali itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

LAP 40/52 Lewis vs Lando! This is SOOOOOOO CLOSE!! ?#BritishGP #F1 pic.twitter.com/GxAA75NbHT

— Formula 1 (@F1) July 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ini podium terbaik dalam kerjaya saya,” kata Norris.
“Saya tidak menyertai perlumbaan dalam Formula Satu sehingga 2017.
“Saya hanya pernah menontonnya di TV dan itu bermula pada 2007 dan 2008 dan melihat Lewis dan Fernando (Alonso) di McLaren. Sekarang giliran saya.
“Saya berumur tujuh tahun ketika itu. Saya tidak tahu Lewis masih akan berada di sini 15 tahun kemudian, dan masih kuat.
“Ia adalah satu penghormatan untuk dapat berlumba dengannya, dan menentang pelumba tersebut, yang telah mencipta sejarah, dan telah menjadi antara yang terbaik yang pernah disaksikan dalam saingan Formula Satu."
#Lewis Hamilton #F1 #Lando Norris
;