F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Sabrina Mustaffa
September 23, 2024 13:03 MYT
September 23, 2024 13:03 MYT
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura di Litar Perlumbaan Marina Bay, semalam.
Dalam hanya perlumbaan ketiganya, Norris tiada masalah untuk memintas Verstappen seawal pusingan pertama untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.
Domination.#F1 #SingaporeGP pic.twitter.com/R4ADADIsaO
— Formula 1 (@F1) September 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Verstappen pula terpaksa berpuas hati dengan menamatkan perlumbaan dikedudukan kedua kali ini sekaligus melanjutkan pemburuan untuk meraih podium tengah buat pertama kali dalam kariernya di Singapura.
Sementara Oscar Piastri melengkapkan tiga kedudukan podium di pusingan ke-18 dalam kalendar Formula 1 tahun ini, selepas berjaya mengejar daripada tempat kelima dan menamatkan perlumbaan di hadapan George Russell dan Charles Le Claire.
Farewell, Singapore ??#F1 #SingaporeGP pic.twitter.com/Q6xUrXWgWh
— Formula 1 (@F1) September 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun malam gemilang di negara Kota Singa itu ternyata milik Norris yang merangkul kejuaraan buat kali ketiga musim ini, selepas GP Belanda dan Miami.