Lance Stroll terlepas ujian pra-musim Formula Satu (F1) di Bahrain selepas pemandu Aston Martin terbabit dalam kemalangan kecil ketika berbasikal di Sepanyol.

Pasukan Kanada itu mendedahkan bahawa pemandu tersebut telah mengalami kecederaan yang akan menghalangnya daripada memandu minggu ini.

Keadaannya akan dinilai setiap hari dan pemandu berusia 24 tahun itu dijangka pulih dalam masa terdekat menjelang Grand Prix (GP) Bahrain -- yang menjadi perlumbaan pembukaan musim ini akan -- diadakan hujung minggu ini.

Stroll berkata: "Saya mengalami kemalangan ketika berlatih dengan berbasikal sebagai persediaan musim ini.



"Saya berazam kembali memacu jentera dan saya teruja untuk menghadapi cabaran musim depan bersama pasukan.

"Saya bermotivasi untuk bangkit daripada kemalangan ini dengan secepat mungkin."

Aston Martin pula menyatakan: "Kami berharap Lance agar lekas sembuh dan menantikan tenaga serta komitmennya bersama pasukan."