Muzaffar Musa
Fri Mar 03 2023

Lewis Hamilton menolak dakwaan bahawa musim 2023 akan menjadi musim terakhirnya dalam Formula 1 (F1) dan bersedia untuk kekal bersama pasukan Mercedes musim depan.
Juara dunia tujuh kali itu berada dalam tahun terakhir kontraknya bersama pasukan itu, yang dijangka akan bersaing dengan Red Bull bagi merebut kejuaraan musim ini.
Terdapat spekulasi bahawa Hamilton akan meninggalkan sukan berkenaan sejak penamat kontroversi yang tercetus pada 2021, di mana Max Verstappen merampas kejuaraannya di Abu Dhabi.
Hamilton meneruskan perlumbaan musim lalu walaupun Mercedes bergelut dan kehilangan gelaran kategori pengeluar kepada Red Bull dan dia kini sedang menjalani persiapan untuk memulakan musimnya yang ke-17 dalam F1.
Dua bekas pemandu F1, Jenson Button dan Damon Hill, mendakwa bahawa Hamilton akan bersara pada penghujung musim ini tetapi pelumba Britain itu segera menafikan dakwaan berkenaan.
"Ia sememangnya satu khabar angin yang direka seseorang tanpa sebarang fakta dan ia tidak berfaedah. Anda pasti fikir bahawa mereka (Button dan Hill) amat mengenali saya ketika ini," katanya kepada wartawan menjelang perlumbaan pembuka musim di Bahrain hujung minggu ini.
"Saya sudah bersama Mercedes sejak saya berusia 13 tahun dan tahun lalu merupakan tahun yang sukar tetapi saya masih di sini dan sama ada kami akan melalui satu tahun yang sukar atau tidak tahun ini, saya tetap akan berada di sini.
"Saya seorang pejuang dan kami akan berjuang sebagai satu pasukan. Saya gemarkan cabaran untuk mencari penyelesaian dan saya masih ada kepercayaan bahawa saya mampu untuk membawa jentera kami di tempat yang sepatutnya dan mungkin orang lain tidak dapat melakukannya. Saya gemarkan cabaran itu.
"Sudah pasti saya berharap kami dapat memulakan musim dengan jentera yang hebat tetapi apa yang sebenarnya diambil kira adalah perjalanan itu," katanya.

F1: Mercedes akur tukar reka bentuk jentera
Toto Wolff mengakui Mercedes harus menukar reka bentuk kereta mereka untuk kembali mendominasi Formula Satu (F1).

F1: Mercedes lanjutkan perkongsian bersama Petronas menjangkaui 2026
Mercedes dan rakan kongsi bahan api dan minyak, Petronas mengambil langkah awal dalam perancangan bagi menghadapi peraturan enjin masa depan Formula 1 apabila mereka melanjutkan kerjasama melangkaui 2026.

F1: Verstappen juarai GP Belanda
Max Verstappen memberikan penghargaan kepada pasukan Red Bull sambil mencadangkan kemenangannya juga harus dikaitkan dengan dia sebagai 'pemandu yang luar biasa' selepas komen Lewis Hamilton baru-baru ini.

F1: Hamilton beri laluan Nyck de Vries pacu sesi latihan awal
Lewis Hamilton akan memberi laluan kepada Nyck de Vries untuk memacu Mercedes dalam sesi latihan pertama (FP1) Grand Prix (GP) Perancis minggu ini.

F1: Hamilton lega Mercedes pamer peningkatan
Lewis Hamilton gembira dengan 'langkah kecil ke hadapan' yang diambil oleh Mercedes selepas mencatat masa kedua terpantas dalam latihan menjelang Grand Prix Britain.

Rosberg yakin Hamilton kekal di tahap terbaik
Nico Rosberg percaya Lewis Hamilton 'memandu pada tahap terbaiknya' musim ini walaupun berdepan masalah Mercedes ketika pasukan itu terus berjuang dengan pembangunan jentera W13 itu.

Lewis Hamilton sahkan bekerjasama dengan Brad Pitt untuk filem F1
Lewis Hamilton mengesahkan dia sedang dalam pembikinan filem Formula Satu bersama Brad Pitt.

Perseteruan Mercedes-Redbull baik untuk F1 -- Wolff
Pengurus Mercedes, Toto Wolff, percaya perlumbaan kejuaraan Formula Satu yang dramatik tahun ini adalah 'luar biasa untuk sukan itu'.

F1: Ia seperti kemenangan pertama saya! -- Hamilton
Lewis Hamilton mengakui kemenangannya yang menakjubkan di Grand Prix Sao Paulo dirasakan seperti kejuaraan yang pertama dalam Formula Satu.

F1: Penalti buat Hamilton mungkin berbaloi, kata Wolff
Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff, memberikan penjelasan mengapa Lewis Hamilton terpaksa menggantikan enjinnya dan rela dikenakan hukuman penalti kotak perlumbaan dalam saingan hujung minggu lalu.

Joshua: Fury can redeem himself from Usyk 'letdown' by facing me
Following the collapse of negotiations with Oleksandr Usyk's camp, Anthony Joshua thinks Tyson Fury should face him instead.

Spurs players support Conte sacking but Kulusevski 'sad' to see him go
Dejan Kulusevski believes the Tottenham squad backs the club's decision to dismiss Antonio Conte, though he seemed disheartened.

'We are not robots' – Van Dijk hits back at strong Van Basten and Gullit criticism
Netherlands great Marco van Basten accused Virgil van Dijk of lacking leadership qualities, but the Liverpool defender has hit back.

Tottenham and Brazil star faces knee surgery and long lay-off
Brazil and Tottenham defender Emerson Royal needs surgery and then faces a rehabilitation process before he can kick a ball in anger again.

Henderson: It would be 'amazing' if Bellingham joins Liverpool
Jude Bellingham has long been linked with a move to Liverpool, and England team-mate Jordan Henderson would love to see it happen.

Kane not ruling out reaching 100 goals for England
Cristiano Ronaldo and Ali Daei are the only two players with 100 international goals, but England striker Harry Kane wants to join them.

Partey a fitness concern for Arsenal after sitting out Ghana match
Arsenal midfielder Thomas Partey has struggled with injury problems of late and sustained another knock while away on Ghana duty.

Jokic praises MVP-rival and 'beast' Embiid after missing out on showdown
A calf issue for the latter denied fans the chance to see MVP frontrunners Nikola Jokic and Joel Embiid as the Nuggets took on the Sixers.

'I don't know when I'll play again' – Nadal casts doubt on Monte Carlo comeback
The Monte Carlo Masters was earmarked as the tournament for Rafael Nadal to make his comeback, but that may not be the case.

Timberwolves 'playing every game like it is our last' – Gobert
The Minnesota Timberwolves beat the Sacramento Kings to climb above the Golden State Warriors into the Western Conference's sixth seed.