F1 GP US: Hamilton dibatalkan penyertaan, Verstappen juara

Muzaffar Musa
October 23, 2023 04:30 MYT
Penyertaan Lewis Hamilton ketika meraih tempat kedua perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Amerika Syarikat (GP AS) awal pagi tadi dibatalkan gara-gara menggunakan jentera yang tidak layak diturunkan.
Empat jam selepas tamat perlumbaan itu, stewards mengesahkan bahawa jentera yang digunakan Hamilton tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Jarak lantai jentera baru Mercedes yang digunakan Hamilton itu didapati "di luar jarak yang ditetapkan dalam Artikel 3.5.9 e)." –- yang menyatakan bahawa papan berkenaan tidak boleh dipakai dengan ketebalan di bawah 9 milimeter.
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc, yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam, turut dibatalkan penyertaan gara-gara kesalahan sama dalam perlumbaan 56 pusingan di Litar Austin itu.
Dengan keputusan berkenaan, Lando Norris menjadi naib juara di belakang Max Verstappen, yang meraih kemenangan ke-50 dalam kariernya dan yang ke-15 daripada 18 perlumbaan musim ini.
Carlo Sainz pula menjadi pemenang tempat ketiga.

BREAKING: Lewis Hamilton and Charles Leclerc have been disqualified from the 2023 United States Grand Prix for a technical infringement#F1 #USGP pic.twitter.com/HHNlf5urLW

— Formula 1 (@F1) October 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Lewis Hamilton #Permotoran #Sukan Permotoran #Formula 1