EURO 2024: Turkiye idam balas dendam dalam Piala Dunia 2026

Najmi Iman
July 7, 2024 10:22 MYT
Pasukan bukan pilihan, Turkiye, menampilkan persembahan cemerlang sepanjang kempen Euro 2024 meskipun tewas di tangan Belanda dalam perlawanan suku akhir, awal pagi tadi.
Hasrat anak-anak buah Vincenzo Montella meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila Belanda lebih mengungguli permainan untuk menyingkirkan cabaran daripada Turkiye.
Setelah mengharungi aksi kumpulan F dengan persembahan memukau, Turkiye dilihat menjadi pencabar baru yang akan mencipta nama menjelang kejohanan terbesar, Piala Dunia 2026.
"Kami sangat sedih. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana mempamerkan aksi terbaik. Sukar untuk mencari kata-kata sekarang. Saya sangat berbangga dengan pasukan. Kini sasaran kami ialah 2026," kata Salih Ozcan.
"Kami semua beremosi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat kami, sokongan luar biasa yang kami dapat. Mereka membawa kami dari perlawanan ke perlawanan, sokongan mereka sangat penting untuk kami," tambahnya.
#bola sepak #Euro 2024 #Turkiye