Selepas kekalahan Jerman ditewaskan oleh juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, pemain berusia 34 tahun, Toni Kroos, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak apabila perlawanan sebentar tadi menjadi aksi terakhir dalam kariernya.

Pasukan tuan rumah gagal melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2024 susulan kebangkitan anak-anak buah Luis de la Fuente pada minit kecederaan membuatkan pemain Real Madrid itu terpaksa bersara awal.


Impiannya ingin membantu skuad Juliann Nagelsmann meraih kejuaraan tertinggi Eropah itu tampak berakhir di hadapan ribuan peminat tempatan sekali gus harus menggantung kasut sebagai tanda masanya sudah sampai.