EURO 2024: Kerana Kroos, Pedri harus lupakan baki perlawanan

Najmi Iman
July 6, 2024 07:48 MYT
Pegawai perubatan pasukan Sepanyol telah mengesahkan bahawa bintang Barcelona, Pedri, akan terlepas baki saingan Euro 2024 selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang pasukan tuan rumah, Jerman, dalam perlawanan suku akhir, Jumaat lalu.
Pemain berusia 21 tahun itu sekadar beraksi selama lapan minit sahaja ekoran menerima terjahan serius daripada legenda Real Madrid, Toni Kroos.
Juara Piala Dunia 2010 itu mencatatkan kemenangan 2-1 melalui pemain gantian, Dani Olmo dan Mikel Merino selepas skuad kendalian Juliann Nagelsmann itu mengheret La Roja ke masa tambahan.

? PARTE MÉDICO | @Pedri. Las pruebas médicas realizadas han determinado que Pedri González sufre un esguince lateral interno de grado 2 en su rodilla izquierda. El jugador canario permanecerá en Alemania hasta el final de la #EURO2024. ℹ️ https://t.co/KNAkNSUdeP#VamosEspaña pic.twitter.com/tEhStmsHrQ

— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman rasmi Sepanyol, pemain muda berbakat itu menerima kecederaan lutut terseliuh gred dua yang memaksanya untuk melupakan baki permainan menentang Perancis dalam aksi separuh akhir, Selasa ini.
#bola sepak #Sepanyol #Pedri #Euro 2024