EURO 2024: Bukan Belgium sahaja ada generasi emas -- Kevin De Bruyne

Kamal Nizam
July 2, 2024 06:30 MYT
Kekalahan mengejutkan Belgium terhadap Perancis di pusingan 16 terbaik EURO 2024 ibarat tamparan hebat buat anak buah Domenico Tedesco.
Ini apabila barisan yang dilabel sebagai generasi emas Belgium masih gagal meraih sebarang kejuaraan.
Walaubagaimana pun, kapten Belgium, Kevin De Bruyne, sifatkan bukan Belgium sahaja punyai generasi emas.
Pasukan lain seperti Jerman, Perancis dan England juga mempunyai barisan generasi emas mereka sendiri yang juga tampil dengan bakat-bakat baru yang hebat.

Me: “Kevin, does it hurt that golden generation didn’t achieve a final once again?”@KevinDeBruyne : “What is a golden generation?” Me: “Yours”. DeBruyne: “And you say that France, England, Spain, Germany have no golden generation?… stupid”. Well. They DID ACHIEVE A FINAL pic.twitter.com/7LghJSTNQe

— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) July 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apa yang dimaksudkan dengan generasi emas?.
"Adakah bermaksud Perancis, England, Sepanyol dan Jerman tiada generasi emas?," katanya dalam nada kecewa dalam sidang media.
Untuk rekod, pencapaian terbaik generasi emas Belgium adalah pada Piala Dunia 2018 selepas akhiri kempen itu di tempat ke-3 secara keseluruhan.
#England #Kevin De Bruyne #Germany #Spain #Belgium #ronaldo #Euro 2024