Erik ten Hag tiada identiti -- Legenda Manchester United
Saufi Tahir
October 29, 2024 08:39 MYT
October 29, 2024 08:39 MYT
Gary Neville percaya kekurangan gaya permainan dan identiti yang konsisten merupakan kegagalan terbesar Erik ten Hag di Manchester United dengan dia menjangkakan satu lagi pembangunan semula pasukan yang menyakitkan di Old Trafford.
Ten Hag dipecat selepas kekalahan 2-1 kepada West Ham selepas lebih dua tahun menerajui The Red Devils dengan keputusan itu menyaksikan United menduduki tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya enam mata selepas sembilan perlawanan.
?? Manchester United have approached Sporting for Rúben Amorim as he’s the favorite candidate to replace Erik ten Hag. Talks ongoing, as @TheAthleticFC reports. Contract terms have also been discussed with Rúben Amorim’s camp in the recent hours. pic.twitter.com/rothTp9FfB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pertahanan United, Neville, yang mempertahankan Ten Hag apabila kedudukannya dipersoalkan sebelum ini dengan kini dia mengakui jurulatih dari Belanda itu gagal membawa sebarang kemajuan ketara dari aspek keputusan dan identiti pasukan.
"Terdapat ratusan ribu, malah berjuta-juta peminat yang mahu Ten Hag terus kekal dan untuk memberinya peluang berjaya di bawah penstrukturan baru.
"Saya rasa kekurangan identiti atau gaya telah menjadi misteri sebenar sejak dia mengendalikan United.
"Walaupun pemilihannya teruk, saya percaya ada sekumpulan pemain di sana yang boleh bermain jauh lebih baik daripada mereka sekiranya anda meletakkan identiti pada diri mereka.
"Berdepan West Ham, saya terkejut melihat Casemiro dan Christian Eriksen di bahagian tengah dengan Manuel Ugarte di bangku simpanan. Jika saya pemilik, saya akan bertanya mengenai perkara ini.
"Ia umpama satu perjuangan menonton united bermain dan tidak berubah dalam tempoh 18 bulan ini." katanya pada Sky Sports.