Chelsea menggambarkan keputusan untuk berpisah dengan Mauricio Pochettino adalah atas persetujuan bersama, tetapi pada akhirnya ketetapan itu dibuat oleh pihak atasan kelab setelah mengenal pasti tiga masalah utama.
Pochettino menamatkan musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut, membawa Chelsea ke tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memastikan kelayakan bola sepak Eropah bagi musim 2024/25.
Namun, walaupun The Blues menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang jelas di atas padang dalam minggu-minggu akhir kempen, isu berbangkit di tempat lain telah menyebabkan berakhirnya rejim Pochettino di Stamford Bridge.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu menandatangani kontrak selama dua tahun pada musim panas lalu tetapi hanya bertahan separuh daripada tempoh itu.
Chelsea kini kembali mencari ketua jurulatih baru, setelah memecat Thomas Tuchel, Graham Potter dan Pochettino – serta pelantikan sementara Bruno Saltor dan Frank Lampard sejak Clearlake Capital mengambil alih pada Mei 2022.
Difahamkan, Pochettino telah meninggalkan kelab selepas mengadakan tiga pertemuan berasingan dengan pembuat keputusan penting di Chelsea.
Pertama, pengendali dari Argentina itu bertemu dengan pemilik bersama Todd Boehly pada Jumaat untuk makan malam sebelum perlawanan terakhirnya yang menyaksikan Chelsea mengalahkan Bournemouth 2-1 pada Ahad.
Dia kemudian bertemu dengan Pengarah Sukan Laurence Stewart dan Paul Winstanley serta pemilik bersama, Behdad Eghbali pada Isnin dan Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, perbezaan antara kedua-dua pihak menjadi jelas dan keputusan diambil untuk menamatkan hubungan tersebut.
Walaupun Boehly difahamkan bersedia untuk mengekalkan Pochettino, The Guardian melaporkan bahawa beberapa pihak dalam hierarki Chelsea mempunyai kebimbangan mengenai gaya latihan Pochettino yang dianggap "ketinggalan zaman" dan taktiknya semasa perlawanan.
Pochettino diketahui lebih suka pendekatan keras dalam membina kecergasan semasa latihan yang boleh menyebabkan pemain keletihan dan menyumbang kepada kecederaan.
Masalah utama lain adalah keinginan Pochettino untuk mempunyai lebih banyak pengaruh dalam pemindahan pemain. Pengurus berusia 52 tahun itu telah diberikan £1 bilion (RM5.9 bilion) untuk membeli pemain, tetapi pendekatan yang tidak teratur itu menjadi titik kekecewaan.
Akhirnya, Chelsea memutuskan mereka lebih suka memendekkan tempoh Pochettino daripada memberikannya sebarang kata putus dalam urusan perpindahan pemain.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Chelsea pada Selasa, Pochettino berkata: “Terima kasih kepada kumpulan pemilik Chelsea dan pengarah sukan atas peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kelab bola sepak ini.
Kelab ini kini berada dalam posisi yang baik untuk terus maju dalam Liga Perdana dan Eropah pada tahun-tahun akan datang. - Sinar Harian
Stadium Astro
Thu May 23 2024
Real Madrid 'no class' -- Presiden LFP
Presiden Liga Bolasepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas, mengkritik Real Madrid selepas kelab itu memboikot Majlis Anugerah Ballon d'Or sebaik mengetahui wakil mereka, Vinicius Junior, tidak memenangi anugerah utama berkenaan.
Undian Piala EFL: Spurs layan kunjungan Manchester United, Liverpool bertandang ke Southampton
Tottenham akan melayani kunjungan Manchester United dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) pada 17 Disember depan.
Piala EFL: Gakpo mahukan 'lebih' selepas bawa Liverpool ke suku akhir
Cody Gakpo menggenggam watak wira dengan dua golnya ketika membantu Liverpool menewaskan Brighton 3-2 dalam perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium American Express awal pagi tadi.
Piala EFL: Pep Guardiola salahkan masalah kecederaan punca Manchester City tersingkir di tangan Spurs
Pep Guardiola mengakui Manchester City sedang berada di posisi sukar dengan masalah kecederaan selepas tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala EFL di laman lawan itu awal pagi tadi.
Piala EFL: Isak wira Newcastle singkir Chelsea
Newcastle United mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) apabila menumbangkan Chelsea 2-0 di St James Park awal pagi tadi.
Piala EFL: Van Nistelrooy kembali bawa keceriaan di Old Trafford
Manchester United layak ke suku akhir Piala EFL dengan menewaskan Leicester City 5-2 di Old Trafford awal pagi tadi.
Piala Presiden: Selangor, JDT berentap dalam final
Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berentap dalam dua aksi final Piala Presiden 2024.
Abdi Hassan terima dua tanggungjawab besar dalam tempoh dua minggu
Abdi Hassan memegang amanah besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih sementara -- dua minggu selepas dilantik sebagai pemangku penolong ketua jurulatih Selangor.
Aksi Harimau Malaya bertemu India diawalkan sehari
Harimau Malaya akan berentap dengan India sehari awal atas persetujuan bersama dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.
Raja Imran sedia tukar bidang demi bela nasib pemain Liga-M
Bekas pertahanan Perak, Raja Imran Shah Raja Amin, sedang meneliti peralihan karier daripada bergelar pemain bola sepak ke seorang peguam berikutan jurusan undang-undang yang dipelajarinya di universiti.
Martin wants Southampton to keep on smiling
Preview: Southampton v Everton
'I couldn't ask for more' - Van Nistelrooy salutes Man Utd players after Leicester victory
Ruud: 'I couldn't ask for more'
Cooper pragmatic about disappointing defeats ahead of Ipswich clash
Preview: Ipswich Town v Leicester
Extremadura 0-4 Girona: Miovski helps injury-hit visitors into next round
Report: Extremadura 0-4 Girona
Guardiola laments injury issues for City after Spurs loss
Pep: Injuries an issue
Howe hopes high-pressing Newcastle inspired by Chelsea win
Howe hails Magpies pressing
Postecoglou lauds 'ever-evolving' Spurs after eliminating Man City
Postecoglou: Spurs always evolving
Aberdeen deliver statement win over Rangers to keep pace with Celtic
Undefeated Aberdeen maintain pace
Tottenham host Man Utd in headline EFL Cup quarter-final tie
Tottenham-Man Utd headlines QFs
Gakpo still wants more despite firing Liverpool into EFL Cup quarter-finals
Gakpo still wants more for Reds