EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United

Saufi Tahir
December 25, 2024 11:48 MYT
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komen peamin itu baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Pemain berusia 27 tahun itu tidak menyertai skuad The Red Devils untuk tiga perlawanan berturut-turut.
Sejak membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), tiada pemain yang menjaringkan lebih banyak gol daripada Rashford (87), manakala dia juga telah menyumbangkan 40 bantuan jaringan.
Selepas diketepikan ketika aksi derbi yang berakhir dengan kemenangan buat United menewaskan Manchester City 2-1, dia menjelaskan bahawa 'bersedia untuk cabaran baru' dalam satu temu bual bersama Henry Winter.

❤️ https://t.co/DnvoU5NU7d

— Marcus Rashford (@MarcusRashford) November 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apabila saya rasa ia adalah masa yang sesuai, saya akan mengubah. Sehingga itu saya akan terus memikirkan apa yang terbaik buat pasukan," jelas Amorim mengenai ketiadaan Rashford.
"Saya berbual dengannya setiap hari, bukan tentang temu bual tetapi tentang persembahannya. Ini keputusan saya. Dia mahu bermain. Dia cuba. Ini keputusan saya, hanya keputusan saya.

? Rúben Amorim: “Leaving Rashford out is my decision. He wants to play, he’s trying. It’s my decision, only my decision”. "I’m doing things my way, and it’s the only way I know. If I don’t do that, I will lose myself. I know what I’m doing”. pic.twitter.com/G7hLNcORmZ

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya cuba melakukan banyak perkara mengikut cara saya. Ini satu-satunya cara yang saya tahu.. jika saya tidak berbuat perkara itu, saya akan kehilangan diri saya. Saya tahu apa yang saya lakukan." katanya.
#bola sepak #Manchester United #Marcus Rashford #Ruben Amorim
;