EPL: Rekod paling memalukan Manchester City, salah Pep Guardiola?

Najmi Iman
November 24, 2024 08:24 MYT
Prestasi merudum Manchester City mula menimbulkan persoalan dan kerisauan daripada kalangan peminat susulan mengalami kekalahan tanpa henti sejak akhir bulan lalu.
Ketua jurulatihnya, Pep Guardiola, tidak menolak kemungkinan bahawa pasukannya kini berada di ambang kejatuhan berikutan kekalahan 0-4 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, malam tadi.
Juara EPL musim lalu itu telah tewas dalam lima aksi berturut-turut dalam semua kejohanan termasuk dua daripadanya tumbang kepada Spurs dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) yang mengakibatkan mereka tersingkir.
Bournemouth, Sporting CP dan Brighton merupakan tiga pasukan lain yang mencatatkan kemenangan terhadap naib juara Piala FA itu.

PEP GUARDIOLA HAS LOST FIVE MATCHES IN A ROW FOR THE FIRST TIME IN HIS MANAGERIAL CAREER ? pic.twitter.com/wCuPzXhph1

— ESPN FC (@ESPNFC) November 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih memeritkan, penyerang berbisa mereka, Erling Haaland, sekadar menjaringkan satu gol dalam lima pertembungan terakhir The Citizen.
Rekod baru tercipta apabila Man City merupakan kelab pertama yang merangkul kejuaraan EPL tewas dalam lima perlawanan berturut-turut sejak 1956.
Selain itu, ini adalah kekalahan paling teruk dalam karier pengendali dari Sepanyol itu.
#bola sepak #Manchester City #Pep Guardiola #EPL #Liga Perdana Inggeris
;