Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berpendapat bahawa Kai Havertz mendapat manfaat daripada perasaan cintanya di Arsenal dan dia telah mencabar penyerang itu untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya ketika ini.
Pemain kelahiran Jerman itu mula merasakan perubahan mendadak kariernya bersama The Gunners selepas perpindahan pada musim panas lalu daripada Chelsea telah berjaya mencatatkan lima jaringan gol dan empat bantuan jaringan dalam tujuh perlawanan terakhirnya.
Pemain berusia 24 tahun itu memainkan peranan yang sangat penting dalam kemenangan 3-0 mereka ketika berdepan Brighton sebelum ini.
Arsenal kini berada dalam perebutan tiga penjuru Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool dan Manchester City dengan Havertz adalah teras kepada peluang mereka untuk menamatkan penantian kelab selama 20 tahun untuk bergelar juara liga.
"Saya rasa persembahan keseluruhannya sangat bagus dan kini jumlahnya dari segi sumbangan jaringan gol sangat tinggi. Dia perlu mengekalkan tahap permainan ini.
"Dia mempunyai beberapa pemain yang hebat di sekelilingnya. Kami telah cuba untuk menciptakan persekitaran yang sesuai untuknya yang saya fikirkan perkara itu sangat penting buat mana-mana pemain.
"Dia mendapat penghargaan daripada pemain lain, barisan staf di kelab dan kini semestinya daripada penyokong sendiri." katanya.
Saufi Tahir
Mon Apr 08 2024
EPL: Adebayor tidak minat Havertz, anggap Arsenal berisiko tercicir mata
Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor, menyatakan bahawa dia bukan peminat besar kepada Kai Havertz kerana berasakan pemain itu tidak mempunyai kualiti fizikal yang bagus sebagai pemain penyerang dalam skuad The Gunners.
Saka tabik kekentalan Arsenal
Bukayo Saka menyanjungi semangat juang Arsenal ketika mereka mengharungi kebangkitan lewat Tottenham untuk meraih tiga mata dalam 'derby' London utara.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kai Havertz menjaringkan dua gol ketika menewaskan bekas kelab lamanya Chelsea 5-0, dalam usaha untuk membawa Arsenal terus menduduki takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
EPL: Arsenal kembali sebagai pendahulu demi misi juara liga
Selepas tersingkir dari cabaran Liga Juara-Juara Eropa (UCL) rabu lalu, pasukan dari London, Arsenal, kembali dalam rentak untuk mengintai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
UCL: Kebanyakan pemain tiada penggalaman tapi mereka sedia tewaskan Bayern -- Mikel Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya kejayaan di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) akan membawa nama Arsenal ke tempat yang lebih baik sebagaimana dia memberitahu pemainnya agar mencipta cerita yang berbeza dalam perlawanan di Allianz Arena nanti.
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Arteta
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal bagi memadam kekecewaan yang dihadiahkan Aston Villa.
UCL: Leandro Trossard optimis Arsenal mampu singkirkan Bayern Munich
Pemain sayap Arsenal, Leandro Trossard, percaya prestasi 'peringkat tertinggi' diperlukan oleh pasukannya untuk menyingkirkan Bayern Munich selepas jaringannya sebelum ini menyelamatkan Arsenal dengan keputusan seri 2-2.
UCL: Mikel Arteta tetap positif selepas seri di Emirates
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya pasukannya masih boleh menewaskan gergasi Jerman, Bayern Munich, selepas mengakui pasukannya berada paras bawah selepas undian pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
UCL: Tuchel berang pengadil tak hukum 'kesilapan kanak-kanak' pemain Arsenal
Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel, berang dengan penjelasan pengadil perlawanan selepas membenarkan Arsenal terlepas daripada hukuman kerana 'kesilapan kanak-kanak' semasa perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
UCL: Kane meledak, Arsenal bangkit ikat Bayern di laman sendiri
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, tidak berjaya untuk kembali ke London dengan bergaya apabila Arsenal berjaya mengikat pasukannya dengan keputusan seri 2-2 dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi. Penjaring terbanyak Totenham sepanjang zaman itu menjaringkan gol ke 15 kariernya dalam 20 penampilan menentang The G
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli
Europa Conference League: Aston Villa stunned by Olympiacos
Villa stunned in Conference League
Europa League: Wirtz and Andrich goals put Leverkusen on the brink, Marseille hold Atalanta
Leverkusen put one foot in final
'Just work hard mate' – Postecoglou's simple answer to Tottenham's tricky question
Hardy work the key for Spurs
Chelsea 2-0 Tottenham: Chalobah and Jackson goals dent Spurs' top-four hopes
Report: Chelsea 2-0 Tottenham
Campana not concerned by competing with Messi for Inter Miami records
Preview: Inter Miami v NYRB
Lehecka into maiden Masters semi-final after Medvedev retires hurt
Medvedev retires from Madrid QF
Lucas Hernandez to miss Euro 2024 after PSG defender sustains knee injury
Hernandez out of Euro 2024