EPL: Man Utd kembali menang, mudah atasi Southampton di tempat lawan

Najmi Iman
September 14, 2024 21:59 MYT
Naib juara Perisai Komuniti, Manchester United, kembali di landasan kemenangan menewaskan Southampton di Stadium St. Mary dalam aksi Liga Perdanan Inggeris (EPL) selepas kecewa di tangan Liverpool bulan lalu.
Pengadil perlawanan, Stuart Attwell, memberikan penalti buat pasukan tuan rumah susulan mendapati kekasaran yang dilakukan Diogo Dalot ke atas Dibling, namun penjaga gol kebangsaan Cameroon, Andre Onana, membuat penyelamatan penting daripada gawang dibolosi.
The Red Devils akhirnya mendahului permainan menerusi bekas pemain Bayern Munich, Mathijs de Ligt, yang menanduk masuk hantaran ketua pasukan, Bruno Fernandez, pada minit ke-35.
Berselang enam minit kemudian, giliran Marcus Rashford pula menggandakan kelebihan buat skuad kendalian Erik ten Hag untuk kedudukan 2-0 sekali gus mengakhiri kemarau jaringan peribadinya sejak Mac lalu.

Job done on the south coast ??#MUFC || #SOUMUN

— Manchester United (@ManUtd) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain terbaru yang menyertai United dari Paris Saint-Germain (PSG), Manuel Ugarte, dimasukkan pada minit ke-73 tatkala merupakan kali pertama diturunkan bagi memperkuat barisan tengah pasukan.
Southampton terus dihimpit kebuntuan apabila Stephens melakukan terjahan berbahaya ke atas Alejandro Garnacho menyebabkannya dilayangkan kad merah dan dipaksa keluar daripada permainan.
Sebelum wisel penamat dibunyikan, Garnacho memastikan kemenangan bersih milik Man Utd selepas lorongan Dalot menemui kakinya untuk keputusan 3-0.
#bola sepak #Manchester United #Southampton #EPL #Liga Perdana Inggeris