EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa

Najmi Iman
October 6, 2024 23:18 MYT
Juara Piala FA musim lalu, Manchester United, gagal mendapatkan tiga mata penuh apabila terikat tanpa jaringan 0-0 bertemu tuan rumah, Aston Villa, di Villa Park, sebentar tadi.
Skuad kendalian Unai Emery kerap melancarkan serangan berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol, Andre Onana, menepis segala percubaan sambil dibantu pertahanan, Harry maguire dan Johnny Evans.
Kedua-dua pasukan seri tanpa gol dalam separuh masa pertama.

Stalemate at Villa Park.#MUFC || #AVLMUN

— Manchester United (@ManUtd) October 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Erik ten Hag membuat pertukaran pemain memasukkan Joshua Zirkzee dan Antony Santos bagi menambah bisa barisan hadapan tetapi segalanya seakan tidak menjadi buat United ketika babak kedua aksi.
The Red Devils kini menghuni tangga ke-14 carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memungut lapan mata selepas lapan perlawanan.
#bola sepak #Manchester United #Aston Villa #EPL #Liga Perdana Inggeris