EPL: Liverpool berdebar menanti lima pemain berdepan Southampton

Famizal Daud
November 19, 2024 14:31 MYT
Liverpool bakal berdepan Southampton pada Ahad selepas rehat antarabangsa, mendahului lima mata berbanding Manchester City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dijamin untuk kekal di persada selama seminggu lagi sekurang-kurangnya tanpa mengira keputusan di St. Mary's.
The Reds juga sembilan mata di depan Arsenal, yang kini menduduki tangga keempat, skuad kendalian Pep Guardiola dan Mikel Arteta alami beberapa kecederaan dalam barisan pemain sebagai faktor pasukan masing-masing tergelincir dan ketinggalan di belakang anak buah Arne Slot.

?? Liverpool's leading goalscorers across all competitions - Lucho is keeping touch with Mo. pic.twitter.com/wLYic9lG4L

— This Is Anfield (@thisisanfield) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liverpool yang juga dilanda krisis kecederaan berjaya mencari jalan untuk terus mengutip keputusan dengan 15 kemenangan daripada 17 perlawanan pertama, apabila kembalinya Trent Alexander Arnold, Alisson Becker dan Federico Chiesa ke sesi Pusat Latihan AXA, Kirkby, sudah pasti jadi tonik tambahan.

Virgil van Dijk will not be involved in the Netherlands’ second fixture of this international window on Tuesday night.

— Liverpool FC (@LFC) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harvey Elliot dan Diogo Jota masih memerlukan masa untuk proses pemulihan sebelum kembali perkuat skuad dan berita baik apabila kapten, Virgil Van Dijk, dibenarkan pulang awal ke pasukan sementara wira kemenangan Scotland ke atas Poland, Andrew Robertson, sedia membenam The Saints hujung minggu ini.

Robbo with the winner ? pic.twitter.com/RD5SxEkPIi

— Liverpool FC (@LFC) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #EPL #Arne Slot
;