EPL: Itu semua fitnah! -- Ten Hag

Najmi Iman
October 19, 2024 09:15 MYT
'Sentiasa menyebarkan pembohongan dan cerita dongeng' -- Itulah luahan ketua jurulatih Manchester United, Erik ten Hag, yang mendakwa bahawa pengkritiknya suka menjaja kisah tidak betul mengenai masa depannya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Selepas tujuh perlawanan EPL, The Red Devils sekadar mencatatkan lapan mata dan berada di kedudukan ke-14 sambil berkongsi mata bersama Bournemouth dan West Ham United.
Sebelum ini, terdapat desas-desus berkenaan hala tuju pengendali kelahiran Belanda itu selepas ahli kepimpinan baru juara Piala FA 2023 itu yang diketuai oleh Sir Jim Ratcliff mengadakan pertemuan bersama Joel Glazer.
Namun, bekas pengurus Ajax itu optimis dan melaungkan keyakinannya untuk terus mengemudi skuad Man United.

Saturday. 3pm. Old Trafford. ?#MUFC || #PL pic.twitter.com/j8xfniBu9H

— Manchester United (@ManUtd) October 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pendapat negatif tersebut merupakan bunyi-bunyi yang datang daripada kalangan media yang membuat cerita tidak pasti serta menyebarkan pembohongan.
"Sudah tentu saya dan pihak pengurusan sudah berbincang mengenai akan hal ini dan pelbagai isu telah disentuh untuk mendapatkan kata sepakat masing-masing.
"Kami senyap dan tenang. Tidak bermakna situasi kami tegang kerana kami mempunyai perancangan mengenai pembentukan pasukan ini," katanya.
#bola sepak #Manchester United #EPL #Liga Perdana Inggeris #Erik ten Hag
;