EPL: Enzo Maresca kecewa pertahanan Manchester United tidak dilayang kad merah

Saufi Tahir
November 4, 2024 09:12 MYT
Enzo Maresca percaya bahawa Lisandro Martinez wajar dibuang padang susulan kekasarannya terhadap Cole Palmer ketika Chelsea terikat 1-1 berdepan Manchester United di Old Trafford, malam tadi.
Pengendali berusia 44 tahun itu berasakan United sepatutnya hanya bermain dengan 10 pemain susulan terjahan lewat yang dilakukan Martinez dengan pengadil perlawanan, Robert Jones, hanya melayangkan kad kuning kepada pemain pertahanan itu yang turut dikenali sebagai 'The Butcher' selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Moises Caicedo menjadi watak penting skuad The Blues selepas jaringannya empat minit selepas gol pertama United memastikan Chelsea membawa pulang satu mata berharga sekali gus menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Maresca offers his reaction following the conclusion of #MUNCHE. ?#CFC pic.twitter.com/Fo8OHklDvU

— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa ia agak jelas untuk kita semua, tetapi pengadil mengambil keputusan berbeza. Apabila anda tidak mengejar bola dan hanya pada individu itu, ia adalah kad merah. Dengan tiada niat untuk mengambil bola dan ia jelas merbahaya.
"Pemain United membuktikan mereka cukup bagus. Pengurus baru dengan idea berbeza jadi kami terpaksa menyediakan pasukan dengan cara berbeza." katanya.

A sea of blue roaring us on throughout. ? Thank you. ?#CFC | #MUNCHE pic.twitter.com/79pOSCtNk2

— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Manchester United #EPL #Enzo Maresca
;