EPL: De Bruyne pemain terbaik dalam sejarah Manchester City

Saufi Tahir
April 7, 2024 01:32 MYT
Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, memuji Kevin De Bruyne sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Manchester City selepas pemain Belgium itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 mereka ketika bertemu Crystal Palace, semalam.
De Bruyne menghalang gol pembukaan Jean-Philippe Mateta pada minit awal permainan sebelum Rico Lewis memberikan jaringan kelebihan kurang dua minit selepas separuh masa.
Dengan kawalan sepenuhnya milik kelab itu, Erling Haalang menambah satu lagi jaringan sebelum De Bruyne menjaringkan gol ke 100 peribadinya pada minit ke 70.

? @KevinDeBruyne scores two brilliant goals to reach 100 for City as we beat Palace in the @premierleague! ? Highlights ? pic.twitter.com/7sOZ0J1Re1

— Manchester City (@ManCity) April 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hari ini Kevin memenangi perlawanan itu. Tanpa Kevin hari ini mungkin kami tidak akan menang, jadi apabila kita bercakap berkenaan taktikal, tentang pengurus dan mempunyai pemain seperti dia dalam perlawanan seperti ini, ia adalah mudah.
"Sudah berapa tahun dia bersama kita, sembilan tahun, 10 tahun? Nombor, kehadiran, konsistensi sangat mengagumkan. Dia antara pemain terbaik dalam sejarah Manchester City." katanya.
#Manchester City #Kevin De Bruyne #EPL