EPL: Brennan Johnson ada potensi ke tahap tertinggi, kata Neco Williams
Muzaffar Musa
September 10, 2023 12:47 MYT
September 10, 2023 12:47 MYT
Neco Williams yakin bekas rakan sepasukannya di Nottingham Forest, Brennan Johnson, akan menyerlah di Tottenham dan memacu wales layak ke Euro 2024.
Johnson melengkapkan perpindahan £47.5 juta (RM276.89 juta) untuk menyertai Spurs pada hari terakhir jendela perpindahan dan masih belum pernah mewakili kelab barunya itu.
Williams berkata penyerang berusia 22 tahun itu meraikan perpindahan berkenaan dengan membawa beberapa rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Wales makan malam di London.
Johnson dilihat sebagai pengganti terbaik buat penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs, Harry Kane, dan pemain yang boleh meneruskan legasi Gareth Bale dalam skuad kebangsaan Wales.
"Ramai penyokong akan berkata seperti itu tetapi pada masa sama, Brennan bukan Gareth Bale atau Harry Kane," kata Williams menjelang perlawanan Wales menentang Latvia bagi pusingan kelayakan Euro 2024 awal pagi Selasa ini.
"Dia memiliki permainan dan gaya tersendiri. Dia tidak akan mahu dibandingkan dengan mereka atau dilihat perlu menjadi pengganti mereka.
"Dia memiliki potensi untuk ke tahap tertinggi tetapi pada masa sama, dia baru berusia 22 tahun dan sangat muda.
"Dia telah membuktikannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini dia perlu membuktikannya bersama apa yang dikatakan enam pasukan teratas.
"Perpindahannya melibatkan wang yang besar dan anda dapat lihat keyakinannya kini di tahap berbeza.
"Harap-harap dia boleh membawa keyakinan itu bersama Wales dan membantu kami memenangi perlawanan," katanya.
We can't wait to see you out there, Brennan ? pic.twitter.com/ubb3LPso4R
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.