EPL: Bournemouth malukan Manchester United di Old Trafford
Saufi Tahir
December 23, 2024 08:03 MYT
December 23, 2024 08:03 MYT
MANCHESTER UNITED 0 BOURNEMOUTH 3
Manchester United terpaksa akur tewas kepada Bournemouth 0-3 ketika di bawah kendalian Ruben Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, malam tadi.
Walaupun The Red Devils mengejutkan Manchester City dengan kemenangan 2-1 minggu lalu, tandukan Dean Huijesn daripada situasi bola mati memastikan penyokong United di Old Trafford terdiam untuk pasukan pelawat mendahului 1-0 pada minit ke-29.
More magic in Manchester ? pic.twitter.com/7JAaijrFUj
— AFC Bournemouth ? (@afcbournemouth) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bournemouth terus mengatur serangan berbahaya untuk menggandakan jaringan dengan akhirnya Justin Kluivert meledak menerusi sepakan penalti selepas kekasaran yang dilakukan Noussair Mazraoui.
Selang dua minit kemudian, Antoine Semenyo menambah derita pasukan tuan rumah selepas jaringan ketiga dengan rembatan deras kaki kirinya menewaskan Andre Onana.
Man Utd's 3-0 defeat to Bournemouth means they'll be in the bottom half at Christmas for the first time ever...#MUNBOU pic.twitter.com/QAos813qYp
— Premier League (@premierleague) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan Bournemouth ke tangga kelima dalam carta liga EPL dan hanya tiga mata berbeza dengan kelompok empat pasukan teratas, manakala United di kedudukan ke-13 dalam liga menjelang Krismas buat pertama kali sejak kempen 1989-90.
Isu di bahagian pertahanan kekal menjadi masalah buat Amorim, denggan United sudah melepaskan sebanyak 17 daripada situasi bola mati, termasuk penalti dalam saingan liga musim ini.
What a performance by Bournemouth! They're up to fifth and leave Man Utd in 13th...#MUNBOU pic.twitter.com/6aWiSfNb7q
— Premier League (@premierleague) December 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.