EPL: Alexander-Arnold tidak hiraukan berita perpindahannya -- Arne Slot
Najmi Iman
October 20, 2024 10:03 MYT
October 20, 2024 10:03 MYT
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, menegaskan bintangnya, Trent Alexander-Arnold, tidak menghiraukan sebarang gengguan mengenai spekulasi masa depannya meskipun kontrak pemain itu bakal berakhir di Anfield.
Mengikut perjanjian, pemain berusia 26 tahun itu sudah memasuki tahun terakhirnya bersama The Reds sejak 2016 telah dikaitkan perpindahan ke gergsasi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Laliga, Real Madrid.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Arne Slot menjelaskan desas-desus secara kerap itu bukanlah berita terbaru buatnya, malah tidak berfikir mengenainya.
"Pada pandangan saya, anda sering memandang rendah kepada pemain kami. Setiap tonggak sudah biasa mengalami khabar angin setiap hari sama ada mereka masih mempunyai kontrak atau pun tidak," katanya semasa sidang pra-perlawanan.
At work in the gym ? pic.twitter.com/qv7HRj2dhm
— Liverpool FC (@LFC) October 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika anda fikir mereka akan terganggu akan hal itu, maka tidak adil untuk anda bercakap soal kekuatan mental mereka.
"Mungkin ketika anda berusia 18 tahun sukar untuk menentukan keputusan tetapi Trent sudah memenangi gelaran liga, trofi UCL dan banyak lagi pencapaian terbaik.
"Saya tidak fikir itu adalah masalah utama mereka kerana mereka sentiasa mempamerkan persembahan memukau.
"Saya melihat Trent seorang pemain yang penting ketika menyerang mahupun bertahan dan dia menonjolkan peningkatan ketara dalam perspektif posisinya," tambahnya.