Enzo Fernandez harus dijual -- bekas pemain Chelsea


July 21, 2024 15:11 MYT
Bekas penyerang Chelsea, Tony Cascarino, menegaskan bahawa pemain kebangsaan Argentina, Enzo Fernandez, tidak boleh dimaafkan atas perbuatannya dan harus dijual sebelum musim terbaru Liga Perdana Inggeris bermula.
Bekas Pemain River Plate itu menerima tindak balas hebat susulan melakukan nyanyia provokasi ketika di dalam bas selepas pasukannya menewaskan Colombia 1-0 pada perlawanan akhir Copa Amerika.

Former Chelsea striker claims 'Enzo Fernandez will never be forgiven and must be sold' https://t.co/o0AoL9XLCo

— Mail Sport (@MailSport) July 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain berusia 23 tahun itu kemudiannya memuat naik satu kenyataan di media sosial pada yang menyatakan dia menentang diskriminasi dalam semua bentuk sambil memohon maaf kerana berkenaan insiden tersebut selepas tular di seluruh Internet.
Tony Cascarino telah berkata: 'Ia akan menjadi rumit. Saya melihat kembali semasa saya di Chelsea pada tahun 90-an dan saya tidak pasti bilik persalinan akan baik dengan apa yang Enzo Fernandez lakukan.
#bola sepak #Chelsea #EPL #Enzo Fernandez #Tony Cascarino