Emas Anuar STL: Selangor Pistons bangkit atasi Johor Tigris
Muzaffar Musa
October 12, 2024 22:27 MYT
October 12, 2024 22:27 MYT
Selangor Pistons bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Johor Tigris 2-1 dalam suku akhir GP Perak, Emas Anuar liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.
Tigris, yang buat kali pertama layak ke suku akhir divisyen perdana musim ini, membariskan Udomsak Nakhwong (tekong), Lutfil Hadi (pengumpan) dan Syahmi Syazwan (perejam) dan mereka berhasil memenangi set pertama 15-13.
Pistons mengubah percaturan dalam set kedua dengan memasukkan Aizat Azmi selaku tekong untuk bergandingan dengan Arif Badri (pengumpan) dan Ariff Daniel (perejam) tetapi mereka terpaksa mengerah segala kudrat yang ada untuk menang 17-16 bagi mengheret permainan ke set penentuan.
Tigris kemudian seakan-akan kehilangan momentum dalam set penentuan dan tewas mudah 7-15, sekali gus terpaksa melupakan saingan separuh akhir dan merelakan kebangkitan Pistons.
Dengan kemenangan itu, Pistons akan berdepan ATM Guardians bagi penentuan ke final esok.