Emas Anuar STL: Perak Bison kuasai Kumpulan C kejutkan KL Thunder
Shaiful Shamsudin
October 31, 2024 19:18 MYT
October 31, 2024 19:18 MYT
Dua pengalaman bertemu Kuala Lumpur Thunder dalam final Grand Prix (GP) Selangor dan GP Penang ternyata membantu Perak Bison dalam merancang percaturan berlainan untuk kemenangan getir 2-1 dalam pusingan keempat Emas Anuar Sepaktakraw (STL) Premier, GP Johor, sebentar tadi.
Regu yang diketuai Aidil Aiman dan tekong, Kritsada Sungvung, dan pelibas, Noraizat Nordin, itu mempamerkan keampuhan dari awal set pertama dengan mengutip lima mata berturut-turut memberi kelebihan 6-1.
Bison memanfaatkan momentum perlawanan itu untuk mencapai kemenangan set pertama 15-6.
Bison cuba mengulangi percaturan yang sama dalam set kedua tapi Thunder sudah sedia untuk bertindak balas.
Enam mata berturut-turut meletakkan Thunders dalam pendahuluan sebelum meraih kemenangan 15-8 bagi memaksa set penentuan!
Saingan tampak sengit dalam set terakhir hingga perlawanan terikat 10-10.
Namun, lima mata berturut-turut daripada Sang Seladang memastikan di kedudukan teratas Kumpulan A disusuli Thunder, sekali gus menutup peluang Terengganu Turles untuk ke peringkat suku akhir, esok.