Emas Anuar STL: Negeri Sembilan Antlers tewaskan PDRM Defenders, muncul juara Kumpulan C
Saufi Tahir
September 13, 2024 16:04 MYT
September 13, 2024 16:04 MYT
Negeri Sembilan Antlers meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan PDRM Defenders dalam aksi rubber set 15-12, 7-15, 8-15, Grand Prix Selangor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi.
PDRM Defenders terlebih dahulu melakar kemenangan dengan aksi serangan yang kemas untuk menang 15-12 ke atas Negeri Sembilan yang serba tidak menjadi percaturan daripada aspek pertahanan dalam tempoh 13 minit.
Begitupun, selepas kemasukan trio utama Negeri Sembilan dengan Haziq Hairul Nizam (Tekong), mereka kembali mendapatkan rentak untuk mengheret PDRM ke pusingan penentuan.
Rentak kemenangan itu diteruskan dengan percaturan yang baik menerusi aksi Zulefendi Sumari (pengumpan) dan Hafizul Hayazi (perejam) untuk muncul juara Kumpulan C dengan mencatatkan kemenangan 15-8 menewaskan PDRM Defenders dalam tempoh 44 minit secara keseluruhannya.