Emas Anuar STL: Negeri Sembilan Antlers cemas sebelum ke separuh akhir

Najmi Iman
November 1, 2024 18:56 MYT
Perak Bison atau ATM Guardians menjadi lawan Negeri Sembilan Antlers dalam perlawanan separuh akhir Grand Prix Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 diteruskan di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru, esok.
Set pertama menyaksikan permainan berat sebelah yang dipamerkan oleh skuad bimbingan Mohd Shahir apabila mendominasi kerap mengutip mata secara berturutan sehingga 9-3.
NS Antlers memerlukan tempoh 14 minit sahaja untuk mendahului Bomba Fighters 15-5 yang menjadikan mata pertama permainan.
Kebangkitan menakjubkan dijelmakan juara Divisyen 1 2020 itu di penghujung aksi dengan tuah memihak kepada Bomba Fighters dengan mengejar sembilan match point untuk menang 17-15 di set kedua.
Set penentuan disajikan dengan persembahan menarik apabila kejar-mengejar menghiasi permainan sengit untuk membuktikan pasukan manakah yang layak ke separuh akhir.
Kualiti pengalaman yang luas menjadi kunci kejayaan NS Antlers mengungguli aksi suku akhir tersebut dengan menewaskan pihak lawan 15-11 di set ketiga.
#Sepak Takraw #STL #Negeri Sembilan Antlers #Bomba Fighters #Emas Anuar STL
;