Emas Anuar STL: Melaka Titans ke separuh akhir atasi Penjara Enforcers
Muzaffar Musa
August 29, 2024 22:50 MYT
August 29, 2024 22:50 MYT
Pasukan tuan rumah, Melaka Titans, mara ke separuh akhir saingan Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) apabila mudah mengatasi pasukan baru, Penjara Enforocers, 2-0 dalam aksi suku akhir di Stadium Bukit Serindit sebentar tadi.
Membariskan Wirawut Na Nongkhai (tekong), Rizal Maamor (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akhbar (perejam) untuk memulakan permainan, Titans jelas pasukan yang lebih baik untuk mencatatkan kemenangan 15-6, 15-11.
Mereka seterusnya akan bertemu satu lagi pasukan pilihan, Kelantan Warriors, bagi penentuan ke final esok.
Sebagai rekod, dua pasukan terbaik Divisyen 1 akan layak ke Divisyen Perdana musim depan.