Ducati terlepas ikat Jorge Martin kerana keputusan bodoh saat akhir pilih Marquez
King Hisyam
November 18, 2024 16:07 MYT
November 18, 2024 16:07 MYT
Selepas terpaksa merelakan bahawa Jorge Martin sememangnya lebih memiliki kredibiliti untuk dinobatkan Juara Dunia MotoGP 2024, kisah tentang pasukan pencabar yang paling hampir buat Martin, Francesco Bagnaia iaitu Ducati Lenovo perlu terus menerus menelan kepahitan yang bertimpa.
Apa tidaknya, memanglah sepatutnya juara dunia yang baru itulah paling layak dan tepat untuk pasukan itu yang sepatutnya ibarat seperti ikan yang sudah termakan umpan dimulut sekaligus bakal menjadikanya selaku rakan pasukan yang baru buat Bagnaia untuk musim 2025.
Dengan prestasi dan gelaran yang dipamerkan sepanjang 2024, sudah pastinya Ducati Lenovo memiliki lebih peluang dan potensi kejayaan yang lebih besar untuk diburu dalam kalendar perlumbaan musim baru 2025 nanti.
Dan sebenarnya apa yang lebih meninggalkan kesan terkilan yang begitu mendalam buat pasukan dari Itali itu adalah keputusan yang dianggap paling bodoh yang pernah dilakukan oleh bos mereka di saat akhir di mana nama Martin telahpun sebenarnya diletakkan selaku penunggang mereka untuk musim 2025 pada peringkat awal sebelum ia kemudianya ditukarkan dengan nama Marc Marquez.
Dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung semalam, Pengurus Pasukan Ducati, Davide Tardozzi telah membuat pengakuan mengejutkan tentang bagaimana kesilapan tersebut boleh berlaku yang menyaksikan mereka kini terlepas untuk mengikat nama Jorge Martin dalam kontrak 2025.
"Kita terpaksa buat satu keputusan sukar yang sangat dikesali sebenarnya..apakah anda tahu bahawa Ducati pada tahun ini memiliki apa yang digelar sebagai 'Fabulous Four'disebabkan pasukan ini dibarisi pelumba yang lengkap menamatkan musim di tempat pertama. kedua, ketiga dan keempat dalam kejuaraan.
"Dan paling malangnya adalah kita telah dipaksa membuat satu keputusan...keputusan yang sangat dikesali dan menyakitkan hati di mana akhirnya kita terpaksa menelan dengan pedihnya kerana akhirnya kita menyaksikan Jorge Martin dan Enea Selepas terpaksa merelakan bahawa Jorge Martin sememangnya lebih memiliki kredibiliti untuk dinobatkan Juara Dunia MotoGP 2024, kisah tentang pasukan pencabar yang paling hampir buat Martin, Francesco Bagnaia iaitu Ducati terus harus menelan kepahitan yang bertimpa.
Apa tidaknya, memanglah sepatutnya juara Dunia yang baru itulah paling layak dan tepat untuk asukan itu membuka ruang bagi membolehkan Martin menjadi rakan pasukan yang baru buat Bagnaia.
Dengan prestasi dan gelaran yang dipamerkan sepanjang 2024, sudah pastinya Ducati memiliki lebih peluang dan potensi kejayaan yang lebih besar untuk diburu menjelang kalendar perlumbaan musim baru 2025 nanti.
Dan sebenarnya apa yang lebih meninggalkan kesan terkilan yang begitu mendalam buat pasukan dari Itali itu adalah keputusan silap yang dilakukan oleh bos mereka di saat akhir di mana nama Martin telahpun sebenarnya diletakkan selaku penunggang mereka untuk musim 2025 pada peringkat awal sebelum ditukarkan dengan nama Marc Marquez.
Dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung semalam, Pengurus Pasukan Ducati, Davide Tardozzi telah membuat pengakuan mengejutkan tentang bagaimana kesilapan tersebut boleh berlaku yang menyaksikan mereka kini terlepas untuk mengikat nama Jorge Martin.
"Kita terpaksa buat satu keputusan sukar yang sangat dikesali sebenarnya..apakah anda tahu bahawa Ducati pada tahun ini memiliki apa yang digelar sebagai 'Fabulous Four'disebabkan pasukan ini dibarisi pelumba yang lengkap menamatkan musim di tempat pertama. kedua, ketiga dan keempat dalam kejuaraan.
"Dan paling malangnya adalah kita telah dipaksa membuat satu keputusan...keputusan pusingan 'U' yang sangat dikesali dan menyakitkan hati di mana akhirnya kita terpaksa menelan dengan pedihnya yang mana kita menyaksikan Jorge Martin dan Enea Bastianini kini melangkah keluar daripada pasukan ini untuk menyertai pasukan pengeluar yang lain." Katanya penuh kesal dalam program tersebut.
Jelasnya lagi bukan sahaja satu keputusan yang sangat bodoh dan amat menyakitkan hati, mereka bahkan merasakan bahawa ia ibarat penyesalan yang tidak akan ada kesudahanya penawarnya.
"Akibat kebodohan tersebut kita menyaksikan bahawa Ducati telah kehilangan bukan sahaja juara dunia kepada Aprillia dimana Martin akan menunggangnya, tetapi juga seorang lagi bintang daripada Pramac kepada Yamaha."Jelasnya lagi.
Bagaimanapun sebenarnya Martin ketika ini masih belum lagi menandatangani kontrak Bersama Aprillia secara sah namun bagi Tardozzi, Aprillia sudahpun memenangi hati Juara Dunia 2024 itu dan mereka juga adalah juara sebenar bagi musim 2024.
Jelasnya lagi bukan sahaja satu keputusan yang bodoh tetapi amat menyakitkan mereka bahkan merasakan bahawa ia ibarat penyesalan yang tidak akan ada kesudahanya.