Dua gol Kieffer Moore bantu Wales benam Gibraltar di Wrexham

Ammar Hakim
October 12, 2023 09:23 MYT
Wales melewati aksi pemanas badan yang berkualiti menjelang aksi kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Gibraltar 4-0 di Wrexham.
Kesemua gol hadir pada separuh masa pertama apabila Kieffer Moore menjaringkan dua gol dengan Ben Davies dan Nathan Broadhead turut mencatatkan gol.
Selepas kemenangan bulan lalu di Latvia, itu adalah kali pertama Wales mencapai kemenangan berturut-turut sejak November 2021.
Persembahan pasukan terutama pada awal permainan cukup mengagumkan pengurus Wales, Rob Page, menjelang perlawanan kelayakan penting menentang Croatia pada Ahad, walaupun kedudukan Gibraltar dalam bola sepak dunia mesti diambil kira.
Ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua negara di peringkat senior dan juga menandakan kepulangan Wales ke SToK Racecourse buat kali pertama sejak menewaskan Trinidad dan Tobago di sana pada 2019.
#Wales #Gibraltar #Kelayakan Euro 2024
;