PERANCIS 3 ENGLAND 2
Didier Deschamps memuji skuad Perancis kerana pulih daripada "senario bencana" selepas Raphael Varane menerima kad merah untuk memenangi perlawanan persahabatan menentang England 3-2 di Paris, awal pagi tadi.
Skuad Les Bleus mengalami kekalahan 2-1 kepada Sweden dalam kelayakan Piala Dunia pada hujung minggu lalu hasil kesilapan yang jarang daripada Hugo Lloris di Stockholm, tetapi bangkit di gelanggang sendiri menentang pasukan Gareth Southgate itu.
Jaringan pembukaan Harry Kane dibalas dengan gol Samuel Umtiti dan Djibril Sidibe, bagaimanapun kapten England itu menyempurnakan penalti yang hadir selepas Varane diusir keluar kerana menjatuhkan Dele Alli berikutan penggunaan Sistem Video Pembantu Pengadil (VAR).
Ousmane Dembele akhirnya memastikan Perancis muncul pemenang di Stade de France dan Deschamps gembira dengan keazaman yang ditunjukkan oleh pasukannya.
"Ia sentiasa baik (menamatkan musim dengan kemenangan), terutama selepas kekalahan -- walaupun jika terdapat satu senario bencana bagi kami (dengan kad merah)," katanya kepada Telefoot.
"Kami bermain dengan 10 orang, jadi pujian kepada pemain kerana mengatasi pasukan England yang bagus.
"Saya kecewa dengan keputusan (menentang Sweden) dan ia berlaku. Saya membuat pilihan, ia tidak semua sama dalam konteks seperti di sini -- ia adalah satu perlawanan kelayakan, di sini adalah perlawanan persahabatan, pasukan berbeza.
"Pemain yang berpeluang bermain hari ini juga mempunyai banyak kualiti. Kami kurang bertenaga (menentang Sweden). Hari ini, kami banyak berlari."
Perancis akan kembali beraksi pada 31 Ogos bertemu Belanda yang satu tangga dan tiga mata di belakang skuad Deschamps dalam Kumpulan A kelayakan Piala Dunia zon Eropah.
Penulis Jemputan
Wed Jun 14 2017
Bekas pemain Liverpool dedah ketagih bahan terlarang
Bekas pemain tengah England dan Liverpool, Danny Murphy, mendedahkan dia menjadi ketagih dengan bahan terlarang kokain selepas karier bermainnya berakhir pada 2013.
Vickii Cornborough ucap selamat tinggal kepada ragbi selepas lahirkan anak kembar
Vickii Cornborough mengumumkan persaraannya daripada ragbi antarabangsa dengan berkata dia tidak rasa bersedia secara mental untuk kembali beraksi selepas melahirkan anak kembar musim panas lalu.
England akan ke final dengan kejayaan Southgate -- James
England tidak berharap untuk memenangi Euro 2024 tetapi mereka mempunyai peluang untuk menjadi juara jika sekiranya rancangan mereka berjalan lancar -- Menurut David James, The Three Lions perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk menentukan masa hadapan Gareth Southgate.
Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan
Pemain tengah Newcastle, Sandro Tonali, telah didakwa atas salah laku berhubung dakwaan pelanggaran peraturan pertaruhan Persatuan Bola Sepak, perkara itu diumumkan FA.
Pochettino akui terkejut Ben Chilwell turun bertemu Brazil, Belgium
Mauricio Pochettino mengakui dia terkejut Ben Chilwell memulakan dua perlawanan untuk England semasa rehat antarabangsa, yang baru sahaja kembali daripada kecederaan lutut.
Euro 2024: James Maddison berharap sertai rombongan pusingan akhir
James Maddison teruja berkesempatan untuk membuktikan kepada Gareth Southgate mengenai kemampuannya menyarung jersi England sambil menegaskan dia kini sudah cukup matang untuk akur sekiranya tidak diturunkan.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Harry Maguire, Kyle Walker dan Sam Johnstone telah meninggalkan skuad England gara-gara dibelenggu kecederaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Belgium, awal pagi Rabu ini.
Euro 2024: Ivan Toney dicabar rebut peluang tanpa Harry Kane
Pengurus England, Gareth Southgate, berharap Ivan Toney akan merebut peluang yang sudah terbentang bagi membuktikan kemampuannya apabila menentang Belgium dalam perlawanan pemanas badan menghadapi Euro 2024.
England kurang senang terjahan keras Brazil
Anggota skuad England dan Brazil dilaporkan bertelagah di terowong sebaik habis perlawanan persahabatan di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England dalam kekalahan kepada Brazil sambil memuji trio pemain utamanya ketika dia bereksperimen menjelang Euro 2024.
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions
Man City tantalisingly close to WSL glory ahead of huge Arsenal clash
Man City face Arsenal in huge clash
Atletico Madrid must improve in top-four chase, says Simeone
Simeone: Atletico must improve
Emery demands Villa adapt after European defeat before Seagulls visit
Preview: Brighton v Aston Villa
Doncic: 'It's a pleasure' working with 'unbelievable' Irving
Doncic hails 'unbelievable' Irving
Verstappen shocked to be on pole for Miami sprint
Verstappen stunned with sprint pole
Luton boss Edwards urges Hatters to keep the faith in Premier League relegation scrap
Edwards: We've got to keep going
Spurs 'need change', says Postecoglou
Postecoglou: 'We need change'
Terzic will rotate with Champions League qualification secured
Terzic happy to rotate BVB options
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive