David Beckham, Ronaldo dan Kylian Mbappe antara bintang hadiri perlawanan NBA di Paris

Daeng Dhadyry
January 12, 2024 08:17 MYT
NBA Paris 2024 berlangsung di Accor Arena menyaksikan Brooklyn Nets dan Cleveland Cavaliers membuat perhitungan di ibu negara Perancis.
Perlawanan itu menyaksikan Cavaliers menewaskan Nets 111-102, hasil persembahan hebat daripada Donavan Mitchell.
Mitchell mencatatkan 45 mata tertinggi musim ini di samping catat rekod perlawanan ke-16 dengan kutipan 40 mata dalam dua musim semasa bermain untuk Cleveland.
Kira-kira 15,000 peminat memenuhi tempat duduk untuk melihat aksi beberapa pemain bola keranjang terbaik di dunia.

Ronaldo Nazario and David Beckham catching up at the NBA in Paris ? pic.twitter.com/vfYcheTktb

— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan penyokong juga dilayan dengan penampilan beberapa bintang bola sepak berprofil tinggi. Antaranya ialah legenda Manchester United dan bekas kapten England, David Beckham.
Setelah bermain untuk LA Galaxy, Beckham adalah peminat besar bola keranjang selepas menonton LA Lakers.
Bekas bintang Real Madrid, PSG dan AC Milan itu turut dilihat duduk di sebelah bekas penyerang legenda Brazil, Ronaldo.
Turut hadir ialah bintang PSG Kylian Mbappe, yang duduk di tepi gelanggang bersama adiknnya Ethan.
Penyerang berusia 25 tahun itu turut disertai rakan sepasukan PSG termasuk penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.
#NBA #Mbappe #Beckham