Stefano Piolo melakar kemenangan pertamanya sebagai jurulatih Al-Nassr, dengan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Al-Ettifaq di Stadium Abdullah Al Dabil, semalam.

Ringkasan AI

• Stefano Piolo mencatat kemenangan pertamanya sebagai jurulatih Al-Nassr dengan keputusan 3-0 menentang Al-Ettifaq
• Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan penalti, manakala Al-Nassr menambah dua gol lagi untuk memenangi pertandingan
• Dengan kemenangan itu, Al-Nassr kini berada di kedudukan keempat carta liga Saudi


Ironinya Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan untuk membantu kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.

Jaringan itu hadir dalam separuh masa pertama selepas Abdullah Madu mengasari Sultan Al Ghannam dalam kotak penalti dengan Ronaldo memastikan jaringan pertama menerusi sepakan penalti.




Al-Nassr menggandakan kelebihan mereka dalam separuh masa kedua dengan Salem Al Najdi menjaringkan gol menerusi sepakan cip untuk menewaskan Marek Rodak pada minit ke-56.

Talisca melengkapkan kemenangan Al-Nassr dengann jaringan ketiga pada minit ke-70 untuk memacu kelabnya itu berada di kedudukan keempat carta liga dengan lapan mata selepas empat perlawanan.