COVID-19: NBA batal beberapa perlawanan lagi
Shaiful Shamsudin
January 13, 2021 11:13 MYT
January 13, 2021 11:13 MYT
Pertembungan Washington Wizards dan Utah Jazz pagi esok ditunda berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Semalam, Wizards mendedahkan pemain, Rui Hachimura dan Moe Wagner, diarahkan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan NBA selain membatalkan sesi latihan mereka.
Washington (dengan rekod 3-8) sepatutnya berdepan Jazz esok sebelum NBA memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan itu.
"Perlawanan Persatuan Bolakeranjang Kebangsaan (NBA) di antara Utah Jazz dan Washington Wizards di Capital One Arena esok ditunda berdasarkan protokol kesihatan dan keselamatan liga," demikian pernyataan NBA.
"Oleh kerana berlakunya kontak rapat dalam kalangan Wizards, pasukan itu tidak dapat menyenaraikan lapan pemain yang mencukupi untuk meneruskan perlawanan melawan Jazz esok."
The following was released by the NBA. pic.twitter.com/dvdHltdMdO
— NBA (@NBA) January 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perlawanan membabitkan Boston Celtics juga ditunda kali ketiga berturut-turut sementara Houston Rockets mengalami nasib serupa awal musim ini.
Sementara itu, Philadelphia 76ers akan tetap berdepan Denver Nuggets pada Sabtu ini walaupun hanya mempunyai lapan pemain yang akti