INTER 1 JUVENTUS 0
(Inter layak ke final dengan agregat 2-1)

Massimiliano Allegri mengakui prestasi buruk Juventus kian menjadi-jadi selepas Bianconeri tersingkir daripada Coppa Italia, awal pagi tadi.


Juve tewas 0-1 di Inter apabila jaringan Federico Dimarco dalam babak pertama memastikan kemenangan agregat 2-1 tuan rumah dalam pertemuan separuh akhir itu.

Kekalahan itu merupakan siri yang keempat Juve dalam enam perlawanan terakhir -- jumlah terbanyak biarpun angka berkenaan dikumpulkan dalam 25 perlawanan.



Isu luar padang membayangi keupayaan anak buah Allegri itu yang dipulangkan 15 mata dan ketika ditanya mengenai komennya dalam pra-perlawanan terhadap situasi luar padang kelab berkenaan, dia berkata: "Tiada apa-apa, saya hanya merujuk kepada hakikat bahawa musim ini tidak normal.

"Sebelum ini kami baik-baik sahaja tetapi sekarang kami menjadi lebih teruk."

Menurutnya lagi: "Ketenangan kami bertambah baik hasil daripada penguasaan bola tetapi apabila kami sampai ke sepertiga akhir, permainan kami seharusnya lebih kemas.

“Tetapi kami perlu segera melupakan kekalahan ini, bertindak dengan tepat memandangkan kami tewas terlalu kerap dalam beberapa perlawanan terakhir.