Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengakui terguris dengan kemelut yang melanda bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Misbun, dalam satu sidang media di ibu negara kelmarin, menafikan bahawa dia meninggalkan jawatan Pengarah Pembangunan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) atas dasar persetujuan bersama dengan BAM, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua pihak itu.
Selain itu, Misbun turut meluahkan rasa terkilannya kerana keputusan berkenaan hanya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, dan bukannya Norza.
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, dalam satu sidang media di ABM hari ini, mengakui kemelut berkenaan mungkin disebabkan oleh salah faham yang berlaku di antara pihaknya dan Misbun, di mana BAM bersedia untuk menawarkan jurulatih itu kembali berkhidmat sehingga kontraknya tamat atau isu berkenaan boleh dibawa ke meja rundingan untuk diselesaikan secara baik.
Bekas pemain nombor satu dunia, Chong Wei, mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu, yang bertanggungjawab menjadikannya sebagai ikon Badminton dunia.
"Saya mengakui apa yang Tan Sri (Norza) cakap, sewaktu dia bawa Datuk Misbun (ke dalam BAM), kami tidak mempunyai banyak penaja dan Tan Sri sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaannya," katanya dalam sidang media itu.
"Dengan itu barulah masa depan saya ada dan saya boleh katakan yang keputusan Tan Sri itu adalah untuk kebaikan badminton negara, untuk menghasilkan bukan sahaja Lee Chong Wei kedua tetapi mungkin lima atau enam orang lagi.
"Saya menjadi saksi Tan Sri (menawarkan kontrak) di rumahnya (Misbun) dan atas dasar itu, saya berada di sini dalam sidang media ini.
"Akan tetapi, mengenai tawaran yang diberikan Tan Sri itu perlu diberikan kepada Datuk Misbun untuk membuat keputusan.
"Isu ini memang agak menguriskan hati saya kerana badminton sentiasa ada dalam darah saya dan saya pernah 19 tahun dalam BAM -- tiada orang lain lebih lama daripada saya.
"Bagi saya, BAM sentiasa melakukan yang terbaik buat atlet dan jurulatih kita," katanya.
Muzaffar Musa
Wed Aug 02 2023
Piala Thomas: Lee Zii Jia bermain dengan baik, banyak menyerang -- Rashid Sidek
Bekas perseorangan negara, Datuk Rashid Sidek, mengakui prestasi Lee Zii Jia menunjukkan peningkatan bermula pada aksi peringkat kumpulan menentang Chinese Taipei sehinggalah ke perlawanan peringkat suku akhir menentang China.
Piala Thomas: Denmark tumbang, tiada Axelsen dalam separuh akhir
Taiwan menewaskan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Thomas 2024.
Piala Thomas: Bukan mudah kalahkan Malaysia -- Beregu China
Beregu China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu, mengakui Malaysia bukanlah pasukan yang mudah ditumbangkan menjelang aksi separuh akhir Piala Thomas di Chengdu petang esok.
Piala Thomas: Info siaran langsung dan live streaming separuh akhir Malaysia lwn China
Skuad badminton lelaki negara akan meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Thomas 2024 dengan aksi separuh akhir menentang tuan rumah, China, di Chengdu petang esok.
Terkini: Denmark di ambang kekalahan
Denmark ketika ini sedang ketinggalan 0-2 kepada Taiwan dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Chendu China.
Kodai Naraoka? Tanyalah jurulatih saya -- Kenta Nishimoto
Perseorangan lelaki Jepun, Kenta Nishimoto, enggan mengulas mengenai ketiadaan Kodai Naraoka ketika negara itu tewas 1-3 kepada Malaysia dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Chengdu, China malam tadi.
Servis 'flick' Goh Sze Fei-Nur Izzuddin buat beregu Jepun 'koyak' teruk
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, memastikan kemenangan Malaysia dalam aksi suku akhir Piala Thomas menentang Jepun di Chengdu, China malam tadi.
Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir bertemu China
Skuad Piala Thomas negara melayakkan diri ke separuh akhir selepas mengetepikan cabaran dari pasukan Jepun, sebentar tadi.
Piala Thomas: Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei tunjuk Jepun jalan keluar
Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, perlu mengambil masa yang lama sebelum menoktahkan kemenangan Malaysia dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.
Piala Thomas: Terlepas mata penting titik tolak kekecewaan Aaron-Wooi Yik
Kegagalan mencuri mata pada saat-saat getir memakan diri Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Lakers fire coach Darvin Ham after swift first-round exit
Ham led the Lakers to the play-offs in back-to-back seasons, but both runs were ended by the Denver Nuggets
IPL: Iyer and Starc boost Kolkata's top-two hopes after Mumbai win
Mumbai Indians may be waving goodbye to their Indian Premier League play-off hopes after Friday's defeat to Kolkata Knight Riders.
Courtois to make first start this season as Madrid close in on title
Thibaut Courtois will make his long-awaited return this weekend, but Carlo Ancelotti will stick with Andriy Lunin in the Champions League.
Pochettino laments 'stupid rumours' over future as Chelsea speculation persists
Chelsea could be set for another managerial change under Todd Boehly, with Mauricio Pochettino unaware of what the future holds.
San Jose Earthquakes v Los Angeles FC: Hosts have 'nothing to lose' at Levi's Stadium
Preview: San Jose v Los Angeles FC
Xavi: Barcelona are out for revenge against Girona
Xavi: Barca are out for revenge
Girona to give '200 per cent' against Barcelona in possible Champions League clincher
Girona could seal Champions League qualification this weekend, with fellow Catalan side Barcelona the visitors to Estadi Montilivi.
Toronto FC v FC Dallas: Estevez wants cool heads from visitors
FC Dallas visit Toronto FC on Saturday, having recorded their first win in eight MLS games last time out.
Silva targets derby win to cap more 'complete' Fulham season
Preview: Brentford v Fulham
Klopp says Salah spat a 'non-story', does not expect forward to push for move
Klopp says Salah spat a 'non-story'