Carlos Alcaraz 'curi' gelaran Grand Slam Djokovic
Husna Zainudin
July 15, 2024 16:16 MYT
July 15, 2024 16:16 MYT
Tahun 2024 menjadi era kegemilangan buat Carlos Alcaraz selepas meraih gelaran Wimbledon buat kali ketiga dalam kariernya menundukkan pemain di ranking kedua dunia, Novak Djokovic.
Pemain berusia 21 tahun itu membuka saingan dengan pertahanan cukup ampuh untuk menyudahkan set dengan 6-2 sebelum mengulangi skrip yang sama di set kedua untuk keputusan sama.
Bagaimanapun Djokovic yang datang dengan misi mempertahankan gelaran Grand Slam ke-25 miliknya tetap cuba bangkit memberi tentangan merapatkan kedudukan 4-5.
Rekod di atas kertas nyata berpihak kepada Alcaraz yang lebih bijak memanfaatkan peluang dengan corak permainan yang lebih kemas untuk mata penyudah di set ketiga, 7-6.
Ia sekaligus menyaksikan Alcaraz berjaya menempah satu lagi trofi Wimbledon dalam koleksi trofi kejuaraan dan memperbaiki catatan rekod kariernya buat tahun ini.