Bundesliga: Vincent Kompany gusar masalah kecederaan Harry Kane
Saufi Tahir
December 1, 2024 11:51 MYT
December 1, 2024 11:51 MYT
Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany, mulai gusar susulan masalah kecergasan yang dihadapi tonggak utamanya, Harry Kane, selepas mengalami kecederaan otot menjelang perlawanan pusingan 16 DFB-Pokal menentang juara Bundesliga musim lalu, Bayer Leverkusen, awal pagi Rabu ini.
Penyerang berusia 31 tahun itu terpaksa dibawa keluar pada minit ke-33 dalam perlawanan berdepan Borussia Dortmund dengan pasukannya terpaksa akur berkonsi satu mata di tempat lawan.
"Ia mungkin bukan sesuatu yang terlalu serius, tetapi kami perlu menunggu. Dia perlu membuat imbasan dan kemudian kami akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut.
? Kane picks up an injury and has to come off the pitch. Müller replaces him in attack. ♦️ 33' #BVBFCB 1-0 ♦️ pic.twitter.com/w9N8HaSdFA
— FC Bayern (@FCBayernEN) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tetapi jelas sekali ia akan menjadi aksi yang sengit nanti. Saya tidak tahu pemain yang boleh pulih secepat itu.
"Gol Harry sukar diganti, tetapi kami telah memaklumkan daripada awal bahawa kami percaya pada skuad kami. Anda tidak boleh menggantikan pemain yang berkualiti dengan tempat lain, tetapi pemain boleh melakukan itu bersama-sama." katanya.
Untuk rekod, Kane telah menjaringkan 20 gol dalam semua kempen pertandingan buat Bayern musim ini termasuk hatrik ketika menentang Augsburg minggu lalu.