Bundesliga: Bayern Munich hilang khidmat Manuel Neuer selepas alami patah tulang rusuk

Saufi Tahir
December 9, 2024 06:51 MYT
Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany, mengesahkan penjaga gawang utamanya, Manuel Neuer, terpaksa berehat sepanjang tahun ini selepas mengalami kecederaan patah tulang rusuk.
Penjaga gol berusia 38 tahun itu terlepas aksi Bundesliga apabila kelabnya mengatasi Heidenheim minggu lalu dengan dia terpaksa akur menyertai senarai pemain cedera pasukannya.
Dia disahkan mengalami kecederaan itu ketika tewas dalam aksi Piala Jerman kepada Bayer Leverkusen, 0-1 selepas merempuh pemain lawan sekali gus menyaksikan dia dilayangkan kad merah.

Manuel Neuer fällt vorerst aus! Zur Meldung: https://t.co/mOPruq666G ? Gute Besserung, Manu! ?#FCBayern pic.twitter.com/uJrAbrKuNA

— FC Bayern München (@FCBayern) December 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia mengalami kecederaan patah tulang rusuk. Dia berkemungkinan besar tidak akan beraksi tahun ini. Sangat penting untuk dia pulih mulai Januari dan kembali semula.
"Ia tidak terlalu teruk, tetapi dengan begitu banyak perlawanan maka ia terlalu awal untuk dia beraksi." katanya kepada pemberita.

Am Dienstag steht schon unsere nächste Partie in der ??̈?????????? an! ? #packmas #SHAFCB #FCBayern #UCL pic.twitter.com/Sga1giQspu

— FC Bayern München (@FCBayern) December 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Bayern juga telah kehilangan pemain utamanya seperti Harry Kane, Joao Palhinha, Alphonso Davies dan Serge Gnabry menjelang saingan Liga Juara-Juara (UCL), menentang Shakhtar Donetsk, esok.
Dengan cuti musim sejuk yang semakin hampir, Kompany menjelaskan pendahulu Bundesliga itu telah melakukan yang terbaik setakat ini untuk mengimbangi kehilangan penjaga gol berpengelaman itu apabila Daniel Peretz diberikan tanggungjawab sebagai penjaga gol utama kelab gergasi liga Jerman itu.
#bola sepak #Bundesliga #Bayern Munich #Manuel Never
;