Bukan penswastaan Harimau Malaya tetapi projek bawah naungan FAM -- AFC

Muzaffar Musa
September 18, 2024 19:18 MYT
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, menyifatkan tiada masalah untuk Harimau Malaya diselenggara oleh satu entiti luar tetapi ia harus kekal sebagai projek di bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Badan induk bola sepak negara itu sebelum ini bercadang untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan pasukan kebangsaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas mengenai perkara itu, Windsor berkata kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam: "Yang pertama, kita harus melihat laporan bagaimana projek itu akan dilakukan.
"Saya menggunakan perkataan projek kerana semua yang akan dilakukan harus di bawah penguasaan atau di bawah tanggungjawab FAM.
"Jadi, FAM yang kami iktiraf sebagai badan induk bola sepak (Malaysia) dan apa sahaja yang dilakukan di bawah FAM adalah projek.
"Kalau projek, ia tiada masalah dan sebab itulah saya katakan penggunaan perkataan penswastaan itu kurang tepat."
#bola sepak #FAM #AFC #Harimau Malaya #Persatuan Bolasepak Malaysia #Konfederasi Bolasepak Asia #Windsor John