Bukan James tapi Jese Rodriguez!


October 5, 2024 17:30 MYT
Pengumuman bekas bintang Real Madrid ke juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), mendapat sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penonton setia Liga Super Malaysia.
Perpindahan pemain berusia 31 tahun itu sekali gus memperkuat jentera serangan skuad Harimau Selatan menghadapi baki saingan liga seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim ini.
Sebelum menyertai JDT, Rodriguez beraksi untuk kelab Brazil, Coritiba (2023), Real Madrid (2011-2016) dan Stoke City (2017-2018), dia juga pernah beraksi untuk Sampdoria (2023), Ankaragucu (2022-2023), Real Betis secara pinjaman (2019), Paris Saint-Germain (2016-2020), Las Palmas (2017) dan Sporting Lisbon (2019-2020).
Namun, ada perkara yang mencuit hati apabila peminat sukan Tanah Air menganggap bahawa Jese Rodriguez ialah James Rodriguez!
Jika dilihat kepada penampilan, ia sedikit berbeza mengenai kedua-dua pemain tersebut.
Perkara ini timbul kerana kedua-dua bintang tersebut penah menyarung jersi kelab yang sama iaitu Real Madrid.
#bola sepak #JDT #Jese Rodriguez #James Rodriguez #Johor Darul Ta #zim
;