Borussia Dortmund nafi hukum Jude Bellingham

Shaiful Shamsudin
April 6, 2023 23:58 MYT
Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic, berkata keputusannya untuk mengetepikan Jude Bellingham ketika bertemu RB Leipzig tiada kaitan dengan kritikan terhadap Emre Can baru-baru ini.
Bellingham dinamakan antara pemain gantian ketika mereka kecundang 0-2 di Red Bull Arena, semalam, bagi menguburkan cabaran mereka di peringkat suku akhir DFB-Pokal.
Ketiadaan pemain antarabangsa England itu berlaku sehari selepas Can secara terbuka berkata rakan sepasukannya perlu "banyak belajar" selepas kerap membiarkan emosinya menguasai dirinya di atas padang.
Begitupun, Terzic mengesahkan Bellingham diabaikan dalam barisan utama ialah atas sebab kecergasan dan bukannya berkaitan masalah di dalam bilik persalinan.

Our Pokal campaign comes to an end ⏹ pic.twitter.com/GTBohZandm

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) April 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jude memberi isyarat selepas perlawanan menentang Bayern Munich bahawa dia tidak 100 peratus cergas," jelasnya kepada Sky Germany.
Ditanya mengenai kritikan Can terhadap Bellingham, Terzic berkata: "Ia langsung tiada kaitan dengan keputusan ini."
#Borussia Dortmund #Jude Bellingham #Edin Terzic,