Best of 2024: Ahmad Jais Baharun pilih momen skuad negara muncul juara Piala Dunia ISTAF 2024
Saufi Tahir
December 5, 2024 13:43 MYT
December 5, 2024 13:43 MYT
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menjadikan pencapaian skuad regu dan double di Kejohanan Piala Dunia ISTAF pada Mei lalu sebagai momen terbaik buat tahun 2024.
Terdahulu, skuad Malaysia yang dibarisi Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk muncul juara Piala Dunia ISTAF 2024 sekali gus menamatkan badi berdepan Thailand menerusi acara regu dalam acara final di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Malah, anak buah Jais Baharun turut mendominasi acara Double untuk muncul juara menewaskan lawan dari Thailand.
Kejayaan skuad sepak takraw tewaskan Thailand di Piala Dunia jadi detik pilihan terbaik buat 'orang kuat' sepak takraw negara -- Ahmad Jais Baharun ?????? Anda setuju?? Kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V1U8G#Bestof2024 pic.twitter.com/4ivvw5ytlw
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Momen yang terbaik buat kami di barisan kejurulatihan adalah daapt melihat pencapaian di piala dunia buat pasangan beregu dan double merupakan yang terbaik buat skuad kebangsaan.
"Saya beraharap kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang." katanya.