Best of 2024: Adam Adli pilih momen kejayaan skuad e-sukan negara
Saufi Tahir
December 12, 2024 13:34 MYT
December 12, 2024 13:34 MYT
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, secara peribadi berasakan pencapaian e-sukan negara merupakan antara detik terbaik buatnya sepanjang tahun 2024.
Terdahulu, Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun negara apabila muncul juara di Kejohanan Mid Season Cup MSC MLBB 2024 selain merangkul gelaran Kejohanan Dunia IESF 2024 di Riyadh, Arab Saudi, September lalu.
Malah, ketika ini Malaysia merupakan tuan rumah bagi kejohanan paling berprestij dalam sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Kejohanan Dunia M6, yang berlangsung di IOI Putrajaya dan peringkat separuh akhir akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Kejayaan pasukan seperti Selangor Red Giants di pentas antarabangsa wajar diangkat sebagai detik terbaik sukan bagi 2024 ??? Anda setuju dengan pilihan YB Adam Adli?? ??? ??? Jom kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V1U8G#Bestof2024 pic.twitter.com/K1gjmOPMMv
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Momen terbaik adalah pencapaian E-Sukan negara dan itu merupakan pencapaian yang boleh kita tekankan. Kerana mereka kembali bangkit tahun ini dan dapat rangkul kejuaraan selain menjadi tuan rumah untuk kejohanan yang besar." katanya kepada Nadi Arena.