Berjaya ikat Amerika Syarikat, New Zealand peroleh tonik tambahan sebelum bertemu Malaysia
Afiq Azfar
September 12, 2024 14:33 MYT
September 12, 2024 14:33 MYT
Pasukan bola sepak New Zealand kini mempunyai motivasi tambahan sebelum bertemu skuad Harimau Malaya, bulan hadapan.
New Zealand yang dijadualkan bertemu Malaysia 14 Oktober akan datang, mempamerkan aksi bertenaga sebelum berjaya mengikat pasukan Amerika Syarikat 1-1, dalam aksi yang berlangsung di Stadium TQL, Cincinnati, Ohio pada Rabu.
Amerika Syarikat yang turut merupakan pasukan yang kerap beraksi di pentas Piala Dunia itu membuka jaringan menerusi Christian Pulisic pada minit ke-69.
New Zealand walaubagaimanapun berjaya mendapatkan jaringan penyamaan menerusi penyerang mereka, Ben Waine pada minit ke 89.
Disiplin pertahanan yang tinggi oleh para pemain New Zealand berjaya menangkis segala asakan meskipun Amerika Syarikat mempunyai penguasaan bola & ketepatan percubaan yang lebih tinggi.
Malaysia yang berjaya mencatat 2 kemenangan dalam aksi kalendar FIFA baru-baru ini akan mengadakan perlawanan persahabatan tier 1 menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024.