Berita perpindahan Jese Rodriguez dapat perhatian Fabrizio Romano
Najmi Iman
October 5, 2024 20:01 MYT
October 5, 2024 20:01 MYT
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sah menandatangani khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.
Perkara itu disahkan oleh laman rasmi media sosial JDT di X selepas khabar angin yang bertipu kencang di beberapa platform berkenaan pemain berstatus ejen bebas itu akan ke selatan Tanah Air.
Berita pengumuman tersebut mendapat perhatian wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano, yang turut melaporkan status bintang itu selain media antarabangsa yang lain.
??? Former Real Madrid striker Jesé Rodríguez signs for Malaysian club Johor Darul Ta'zim F.C. 31 year old striker has agreed terms and the deal has been completed. pic.twitter.com/5V681hDSbO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perpindahan pemain berusia 31 tahun itu sekali gus memperkuat jentera serangan skuad Harimau Selatan menghadapi baki saingan liga seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim ini.
Sebelum menyertai JDT, Rodriguez beraksi untuk kelab Brazil, Coritiba (2023), Real Madrid (2011-2016) dan Stoke City (2017-2018), dia juga pernah beraksi untuk Sampdoria (2023), Ankaragucu (2022-2023), Real Betis secara pinjaman (2019), Paris Saint-Germain (2016-2020), Las Palmas (2017) dan Sporting Lisbon (2019-2020).