Perkhabaran insiden serangan terhadap pemain skuad Harimau Malaya mendapatkan perhatian daripada media sukan Republik Korea.

Skuad negara yang dibimbing Kim Pang-gon, bakal membuat persiapan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan di Stadium Spartak, Bishkek, sebelum perlawanan berikutnya bertemu Chinese Taipei di Bukit Jalil.


Jika mereka menang pada pusingan kelima di tempat lawan ke Kyrgyzstan, ia akan menjadi satu pencapaian terbaru pasukan apabila layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia buat pertama kali.

Bagaimanapun, menjelang siri dua perlawanan penting ini bulan hadapan, mereka ditimpan berita buruk yang tidak dijangka. Timbul situasi di mana dua penyerang terpaksa menarik diri daripada siri dua perlawanan ini.

Dua tonggak pasukan kebangsaan, Akhyar Rashid, disamun di Kuala Terengganu dan mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras Khamis lalu sementara Faisal Halim, yang juga pemain Selangor FC dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Damansara semalam.

Selepas dihubungi media Korea, m.sports.naver.com, Pang-gon tidak dapat berselindung dengan perasaan yang cukup kecewa dan meluahkan kebimbangan terhadap insiden tersebut terutama melibatkan Faisal yang baru sahaja beliau temui beberapa hari sebelumnya.

Memuat naik gambar dua pemainnya itu di media sosial, Pang-gon turut meninggalkan pesanan, "Saya doakan mereka selamat."