Berbasikal Trek Dunia: Dua pelumba wanita negara kandas pusingan pertama acara pecut

Muzaffar Musa
October 18, 2024 12:08 MYT
Dua pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri dan Anis Amira Rosidi, terkandas dalam pusingan pertama acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Ballerup, Denmark malam tadi.
Nurul Izzah menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-19 untuk bertemu pelumba Jerman, Alessa-Catriona Propster, manakala Anis Amira pula berada di kedudukan ke-28 dan terpaksa menempa laluan sukar berdepan jaguh Jepun, Mina Sato.
Kedua-dua pelumba berkenaan tidak dapat meneruskan kemaraan selepas tewas kepada lawan masing-masing.
#Berbasikal trek #Anis Amira Rosidi #Nurul Izzah Izzati Asri #Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI
;