Muzaffar Musa
Mon May 31 2021
Karim Benzema memuji kualiti yang dimiliki Zinedine Zidane sebagai seorang jurulatih dan insan selepas pengendali itu memilih untuk meninggalkan Real Madrid buat kali kedua
Zidane diumumkan akan meninggalkan tugasnya di Santiago Bernabeu pada Jumaat lalu selepas Madrid gagal memenangi sebarang trofi musim ini
Bagaimanapun, Zidane membawa pasukan itu memenangi gelaran LaLiga musim 2019-20 dan Benzema, bercakap ketika menjalankan tugas antarabangsa selepas dipanggil semula secara mengejut, memandang tinggi pengendali berusia 48 tahun itu.
"Dia seorang jurulatih yang hebat, daripada segi insaniah, dia seorang yang amat sempurna.
"Bagi saya, dia luar biasa. Saya kecewa kerana dia akan meninggalkan Real tetapi begitulah keadaannya. Hidup perlu diteruskan," katanya.
Madrid menamatkan musim lalu dengan rekod 18 perlawanan tanpa kalah (13 kemenangan dan lima seri) dalam LaLiga -- rekod perlawanan tanpa kalah terpanjang berbanding pasukan lain dalam kejohanan itu dan rekod terbaik mereka sejak yang dilakukan bersama Ancelotti pada Mac 2014 (15 kemenangan dan tiga seri).
Benzema terlibat dengan 32 gol dalam LaLiga musim ini (23 gol dan sembilan bantuan jaringan) dan mengatasi rekod terbaik yang dilakukannya dalam musim 2015-16 (24 gol dan tujuh bantuan jaringan).
Prestasi itu menyaksikan Benzema dipanggil semula skuad kendalian Didier Deshamps, Perancis, menjelang Euro 2020 bulan depan -- bermula dengan perlawanan menentang Jerman pada 15 Jun ini.
Penyerang itu tidak pernah dipanggil sejak 2015 tetapi kini bersedia untuk kembali ke pentas antarabangsa dan tidak sabar untuk bergandingan dengan Kylian Mbappe.
Ditanya tentang perkembangan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu berbanding pemain terbaik dunia yang lain, Benzema berkata: "Saya tidak mahu membanding-bandingkan tetapi dia seorang pemain muda, satu fenomena.
"Saya dapat berlatih bersamanya, kami bermain satu sentuhan, terdapat beberapa pergerakan, dia memang laju, berkemahiran. Dia pemain yang amat-amat bagus."
Kos pengangkutan jadi punca utama Machan tarik diri saingan Liga A1-Semi-Pro
Pasukan yang berpangkalan di Sarawak, Machan FC, sah menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi-Pro, sekali gus mengucapkan selamat tinggal apabila impian untuk meneruskan penggantian slot yang ditinggalkan Sarawak United itu pada tahun lalu tidak kesampaian.
Serie A: Dia layak terima pujian -- Antonio Conte terhadap Romelu Lukaku
Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, memuji persembahan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku, selepas menjaringkan gol dan membuat dua bantuan jaringan sekali gus membantu skuadnya meraih kemenangan 4-0 menewaskan Cagliari, awal pagi tadi.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Satu perlawanan bola sepak di Indonesia mendapat perhatian warga maya susulan insiden yang melibatkan seorang pemain Sulawesi Tengah menumbuk kepala pengadil dalam pertandingan Pekan Olahraga Nasional (PON 2024), 14 September lalu.
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal, menyumbang dua gol dalam separuh masa pertama untuk membantu Barcelona mengekalkan rekod bersih lima kemenangan tanpa kalah dalam saingan LaLiga dengan menewaskan Girona, awal pagi tadi.
EPL: Saya sentiasa menang sesuatu dalam tahun kedua, tegas jurulatih Tottenham Hotspur boleh gondol trofi musim ini
Meskipun tewas kepada Arsenal malam tadi, jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, tetap mempercayai bahawa pasukannya mampu memenangi sebarang trofi musim ini kerana falsafahnya yang 'sentiasa memenangi sesuatu dalam tahun kedua'.
EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham, malam tadi.
Liga Super: Terengganu curi satu mata dari Likas
Terengganu membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat Sabah 1-1 aksi minggu ke-10 Liga Super 2024/2025 di Stadium Likas, sebentar tadi.
Separuh masa Liga Super: Sabah, Terengganu terikat di Likas
Separuh masa pertama menyaksikan Terengganu mengikat Sabah 1-1 dalam saingan Liga Super 2024/2024 di Stadium Likas sebentar tadi.
Kesebelasan utama: Terengganu pertaruh Nelson Bonilla gempur Sabah
Nelson Bonilla bakal diketengahkan buat kali pertamanya sejak dipancing Terengganu, dua minggu lalu.
Liga Super: Sampai bilakah saya mampu mengharungi situasi sebegini -- Nafuzi Zain
Dilema isu gaji menjadi topik bualan hangat pertembungan di antara kelab Kuala Lumpur City dan Kedah Darul Aman dalam saingan minggu ke-10 Liga Super Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Kompany dreaming of leading Bayern to Champions League home final
Kompany dreaming of home final
Frank aims to 'find solutions' after being dealt Wissa injury update
Brentford confirm Wissa injury
Ricciardo ready to experience the world of motorsport amid F1 exit rumours
Ricciardo keeping options open
Liverpool opener a chance to show Milan progression, says Fonseca
Fonseca focused on Liverpool test
Koopmeiners backed to shine in Champions League opener by Motta
Motta: Koopmeiners will shine
Premier League MD4: Lucky winners and unlucky losers
PL lucky winners, unlucky losers
Russell 'surprised' by Baku podium as Hamilton lauds next generation
Russell surprised with Baku podium
Real Madrid handed injury boosts ahead of Champions League opener
Madrid receive injury boosts
Messi vows to keep fighting for title after stellar Miami return
Preview: Inter Miami v Atlanta
Barcelona dealt injury blow with Olmo out for five weeks
Olmo out injured for five weeks